Hantar nota kepada tetamu dalam Jemputan Apple
Selepas anda mencipta acara dan menjemput tetamu, anda boleh menyiarkan nota yang boleh dilihat oleh semua orang pada senarai tetamu. Contohnya, anda boleh memberitahu tetamu jika anda telah menukar lokasi, atau mengingatkan mereka untuk membawa payung sekiranya hujan.
Hantar nota kepada tetamu dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik acara, kemudian ketik Hantar Nota.
Tulis nota, kemudian ketik Hantar Nota.
Hantar nota kepada tetamu di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih acara.
Dalam jubin penganjur, pilih
bersebelahan nama anda, kemudian pilih “Hantar kemas kini”.
Tulis nota, kemudian pilih
untuk menghantarnya.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.