Cipta acara dalam Jemputan Apple
Dengan Jemputan Apple, anda boleh mencipta acara dan menjemput tetamu. Anda boleh menyesuaikan acara dengan imej latar belakang, perihalan, album foto dan senarai main dikongsi, serta banyak lagi.
Untuk mencipta acara, anda mesti mempunyai langganan iCloud+. Lihat Apakah iCloud+?
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau. Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak boleh mencipta acara (umur berbeza mengikut negara atau rantau).
Cipta acara dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik
di penjuru kanan atas.
Tambahkan mana-mana butiran berikut:
Imej latar belakang: Ketik Tambah Latar Belakang, kemudian pilih Foto (untuk memilih foto daripada pustaka anda) atau Kamera (untuk mengambil foto baharu). Anda juga boleh memilih daripada koleksi latar belakang Emoji, Fotografi dan Warna.
Selepas anda menambahkan imej latar belakang, ketik Edit Latar Belakang untuk memangkas, menukar atau mengeluarkannya.
Tajuk: Ketik Tajuk Acara, pilih gaya fon, masukkan nama untuk acara anda, kemudian ketik Return.
Tarikh dan masa: Ketik Tarikh dan Masa, kemudian pilih pilihan untuk acara anda. Anda juga boleh memilih sama ada ia acara sepanjang hari atau mempunyai masa tamat.
Lokasi: Ketik Lokasi, kemudian cari lokasi atau ketik lokasi yang dicadangkan. Secara pilihan, anda boleh memasukkan nama untuk lokasi, seperti “Rumah Danny”.
Apabila anda mengesetkan lokasi, maklumat Peta ditambahkan ke jemputan secara automatik. Jika anda turut mengesetkan tarikh, ramalan cuaca untuk tarikh tersebut ditambahkan.
Butiran acara: Ketik “Dianjurkan oleh”, kemudian masukkan perihalan acara. Anda juga boleh menukar nama penganjur.
Album dikongsi: Ketik Cipta Album, masukkan nama, kemudian ketik Selesai. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Senarai main dikongsi: Ketik Tambah Senarai Main, pilih senarai main sedia ada, kemudian pilih sama ada ia kolaboratif atau tidak. Atau anda boleh mengetik Senarai Main Baharu, masukkan nama, kemudian ketik Selesai. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Nota: Untuk mencipta senarai main dikongsi, anda memerlukan langganan Apple Music dan profil Apple Music serta Selaraskan Pustaka mesti diaktifkan (pergi ke Seting > App > Muzik, kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka).
Ketik Pratonton, semak bahawa semuanya seperti dijangka, kemudian ketik Seterusnya.
Petua: Jika anda mahu menyimpan acara sebagai draf, ketik
di penjuru kiri atas, kemudian ketik Simpan dan Tutup.
Untuk melaraskan seting acara, ketik
.
Jemput tetamu ke acara anda, kemudian ketik
.
Cipta acara di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih Acara Baharu di penjuru kanan atas.
Tambahkan mana-mana butiran berikut:
Imej latar belakang: Pilih
untuk menambahkan foto daripada Foto iCloud atau pilih
untuk memuat naik foto daripada peranti anda.
Tajuk: Pilih Nama Acara, pilih gaya fon, kemudian masukkan nama untuk acara anda.
Tarikh dan masa: Pilih Tarikh dan Masa, kemudian pilih pilihan untuk acara anda. Anda juga boleh memilih sama ada ia acara sepanjang hari atau mempunyai masa tamat.
Lokasi: Pilih Alamat, masukkan alamat, kemudian pilih pilihan daripada menu timbul.
Apabila anda mengesetkan lokasi, arah Peta ditambahkan ke jemputan secara automatik. Jika anda turut mengesetkan tarikh, ramalan cuaca untuk tarikh tersebut ditambahkan.
Butiran acara: Dalam jubin Penganjur, masukkan perihalan acara dalam medan teks. Pilih
untuk menukar nama penganjur.
Album dikongsi: Pilih Cipta Album, masukkan nama, kemudian pilih Cipta. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Senarai main dikongsi: Pilih Tambah Senarai Main, kemudian daftar masuk ke akaun Apple Music anda (jika perlu). Pilih senarai main sedia ada atau masukkan nama untuk senarai main baharu, kemudian tekan atau ketik Return. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Nota: Untuk mencipta senarai main dikongsi, anda memerlukan langganan Apple Music. Lihat artikel Sokongan Apple Langgan Apple Music.
Untuk melaraskan seting acara, pilih
.
Pilih Pratonton, semak bahawa semuanya seperti dijangka, kemudian pilih Terbit.
Petua: Jika anda mahu menyimpan acara sebagai draf, pilih Laman Utama atau
di penjuru kiri atas.
Jemput tetamu ke acara anda, kemudian pilih Selesai.
Tiada had bilangan acara yang anda boleh anjurkan. Selepas anda mencipta acara, anda boleh mengeditnya.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.