Tambah item ke album foto atau senarai main dikongsi dalam Jemputan Apple
Apabila penganjur mencipta acara, mereka boleh menyediakan album atau senarai main dikongsi. Jika anda mempunyai Akaun Apple, anda boleh menambahkan foto, video dan lagu anda sendiri selepas anda RSVP ke acara.
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Tambah foto dan video ke album dikongsi dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik acara, kemudian ketik Tambah Foto.
Pilih foto atau video dalam pustaka foto anda, ketik Tambah, kemudian ketik Siar.
Petua: Untuk mencari foto atau video dengan lebih mudah, gunakan medan carian di bahagian atas, atau ketik
di penjuru kiri bawah untuk mengisih atau menapis pustaka anda.
Tambah foto dan video ke album dikongsi di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih acara, kemudian pilih Tambah Foto.
Pilih
, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pada telefon atau tablet: Pilih Pustaka Foto, Ambil Foto atau Pilih Fail. Pilih foto yang anda mahu muat naik, kemudian ketik Tambah atau Buka; atau ambil foto, kemudian ketik Gunakan Foto.
Pada komputer: Pilih foto yang anda mahu tambah daripada komputer anda, kemudian pilih Muat Naik.
Tambah lagu ke senarai main dikongsi
Anda boleh mencipta senarai main dikongsi dalam Jemputan Apple, tapi anda hanya boleh menambahkan lagu padanya dalam app Apple Music. Lihat mana-mana daripada berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Edit senarai main.
Panduan Pengguna iPad: Edit senarai main.
Panduan Pengguna Apple Music untuk Mac: Tambah item ke senarai main.
Nota: Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak boleh menambahkan ke senarai main dikongsi (umur berbeza mengikut negara atau rantau). Untuk menambahkan lagu ke senarai main dikongsi, anda memerlukan langganan Apple Music dan profil Apple Music.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.