Gabungkan berbilang latihan pada Apple Watch
Gabungkan berbilang aktiviti dalam satu latihan
Buka app Latihan
pada Apple Watch anda.
Mulakan latihan pertama anda—contohnya larian luar.
Apabila anda bersedia untuk memulakan aktiviti lain—contohnya menunggang basikal—leret ke kanan, ketik Tamat, ketik Latihan Baharu, kemudian pilih latihan.
Apabila anda menyelesaikan semua aktiviti anda, leret ke kanan, ketik Tamat, kemudian ketik Tamatkan Latihan.
Putar Digital Crown untuk skrol menerusi ringkasan keputusan.
Skrol ke bawah dan ketik Selesai untuk menyimpan latihan.
Petua: Apabila anda melakukan latihan luar, anda boleh meninggalkan iPhone anda di rumah—GPS terbina dalam memberi anda pengukuran jarak yang tepat.
Cipta latihan Berbilang Sukan
Dalam latihan Berbilang Sukan, anda boleh menggabungkan latihan larian, berbasikal dan berenang serta Apple Watch mengenal pasti secara automatik apabila anda bertukar antara latihan.
Buka app Latihan
pada Apple Watch anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika ini merupakan latihan berbilang sukan pertama anda: Ketik latihan Berbilang Sukan, kemudian ketik Cipta Latihan.
Jika anda telah melakukan latihan berbilang sukan sebelum ini: Ketik
, kemudian ketik Cipta Latihan.
Ketik Tambah, kemudian ketik aktiviti—contohnya, Larian Luar.
Teruskan menambah aktiviti dengan mengetik Tambah untuk setiap aktiviti.
Anda juga boleh menyeret aktiviti untuk menyusun semula aktiviti.
Ketik Tanpa Tajuk di bawah Tajuk Tersuai, kemudian masukkan nama untuk latihan anda.
Apabila anda telah menambahkan semua aktiviti, ketik Cipta Latihan untuk menyimpan latihan.
Apabila anda sedia untuk memulakan latihan berbilang sukan, buka app Latihan, skrol ke latihan Berbilang Sukan, ketik
, kemudian ketik latihan.
Untuk memadamkan latihan Berbilang Sukan, ketik dalam jubin latihan Berbilang Sukan, ketik
bersebelahan latihan yang anda mahu padamkan, skrol ke bawah, ketik Padam Latihan, kemudian ketik Padam.
Sesuaikan latihan berbilang sukan
Buka app Latihan
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan Berbilang Sukan, kemudian ketik
.
Ketik Keutamaan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Setkan isyarat: Ketik Isyarat, kemudian ketik aktiviti untuk mengkonfigurasikan isyarat yang anda terima.
Tukar paparan latihan: Ketik Paparan Latihan untuk memilih metrik yang anda lihat untuk setiap aktiviti.
Tukar transisi latihan: Ketik Transisi untuk memilih transisi automatik atau manual antara setiap aktiviti.