Tambah foto dan video ke iCloud daripada komputer Windows anda
Dengan iCloud untuk Windows, anda boleh menggunakan komputer Windows anda untuk memuat naik foto dan video kepada Foto iCloud. Foto dan video anda dapat dilihat di sebarang peranti yang menghidupkan Foto iCloud.
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret foto dan video ke dalam Foto iCloud dalam anak tetingkap Navigasi.
Jika anda tidak melihat Foto iCloud, klik Gambar dalam tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Foto iCloud.
Klik kanan pada foto atau video, kemudian pilih Kongsi. Di bawah “Kongsi menggunakan”, pilih Foto iCloud.
Ketahui cara menambah foto dan video jika anda menggunakan iCloud untuk Windows versi 7.
Nota: Jika anda mengedit foto atau video pada komputer Windows anda, pengeditan tersebut tidak muncul pada peranti Apple anda atau di iCloud.com. Jika anda mahu fail yang diedit ditambahkan ke Foto iCloud, muat naiknya sebagai fail baharu.