
Sediakan Album Dikongsi di iCloud pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan Album Dikongsi di iCloud pada iPhone, iPad, Mac, Apple TV dan peranti Windows anda serta di iCloud.com. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan Album Dikongsi, lihat Kongsi foto dan video dan pastikan semuanya terkemas kini dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti telah mematikan Album Dikongsi, anda tidak akan dapat mengakses album dikongsi anda pada peranti.
Sediakan Album Dikongsi pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Foto.
Tatal ke bawah, kemudian hidupkan Album Dikongsi.
Untuk melihat album dikongsi pada peranti anda, buka app Foto. Dalam tab Album, skrol ke bahagian Album Dikongsi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Album Dikongsi pada iPhone atau iPad anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Cipta album dikongsi dalam Foto pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Cipta album dikongsi dalam Foto pada iPad
Sediakan Album Dikongsi pada Mac anda
Dalam app Foto pada Mac anda, pilih Foto > Seting, kemudian klik iCloud.
Pilih Album Dikongsi.
Untuk melihat album dikongsi pada Mac anda, buka app Foto, kemudian klik pada album dalam bahagian Dikongsi bar sisi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Album Dikongsi pada Mac anda, lihat Cipta atau sertai album dikongsi dalam Panduan Pengguna Foto untuk Mac.
Sediakan Album Dikongsi pada Apple TV anda
Di Apple TV anda, buka app Seting.
Pilih Pengguna dan Akaun, kemudian pilih akaun anda.
Pilih iCloud, kemudian hidupkan Album Dikongsi.
Untuk melihat album dikongsi pada Apple TV anda, buka app Foto, kemudian navigasi ke kategori Dikongsi dalam bar menu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengggunakan Album Dikongsi pada Apple TV anda, lihat Lihat album dikongsi pada Apple TV dalam Panduan Pengguna Apple TV.
Sediakan Album Dikongsi pada peranti Windows anda
Jika anda belum memiliki app ini, dapatkan iCloud untuk Windows. Lihat artikel Sokongan Apple Muat turun iCloud untuk Windows.
Buka iCloud untuk Windows, kemudian pilih Foto.
Pilih Album Dikongsi.
Jika anda tidak digesa untuk menghidupkan ciri, klik butang Pilihan di sebelah Foto.
Klik Selesai, kemudian klik Guna.
Anda kini boleh mencipta dan melihat album dikongsi pada PC anda. Anda boleh melihat album anda yang dikongsi dalam app Album Dikongsi iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Album Dikongsi pada peranti Windows anda, lihat Kongsi album foto menggunakan iCloud untuk Windows dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.
Lihat Album Dikongsi di iCloud.com
Anda boleh mencipta dan menggunakan album dikongsi dalam pelayar web pada telefon, tablet atau komputer.
Pergi ke icloud.com/photos dan daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mencipta dan menggunakan album dikongsi di iCloud.com, lihat mana-mana yang berikut:
Pada telefon: Cipta dan urus album dikongsi dalam Foto di iCloud.com
Pada tablet: Cipta dan urus album dikongsi dalam Foto di iCloud.com
Pada komputer: Cipta dan urus album dikongsi dalam Foto di iCloud.com
Ketahui tentang ciri lain iCloud yang boleh anda gunakan dengan Foto: Foto iCloud dan Pustaka Foto Dikongsi iCloud.