Pengenalan kepada Apple Music Classical
Apple Music Classical ialah app yang direka bentuk untuk muzik klasik—tersedia untuk pelanggan Apple Music secara percuma. Apple Music mengandungi katalog muzik klasik terbesar di dunia—lebih daripada 5 juta trek dan 1.2 juta rakaman.
Nota: Anda boleh melanggan Apple Music atau Apple One, yang menyertakan Apple Music dan perkhidmatan lain. Apple Music dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.
Apple Music Classical mempunyai beberapa ciri yang sama dengan app Apple Music . Dalam kedua-dua app, anda boleh mencipta senarai main. Kedua-dua app menyokong kualiti audio tertinggi (sehingga 192 kHz/24-bit Lossless Hi-Res). Album dan rakaman terpilih tersedia dalam Audio Ruang dengan Dolby Atmos, untuk bunyi berbilang dimensi sebenar.
Apple Music Classical juga mempunyai ciri unik yang memberikan pengalaman muzik klasik yang menakjubkan. Anda boleh:
Cari atau layari mengikut komposer, karya muzik, album, instrumen dan banyak lagi. Temui pengesyoran album klasik dipilih dan ratusan senarai main yang diurus oleh pakar. Lihat Cari muzik.
Baca biografi, nota album, perihalan karya muzik dan banyak lagi. Lihat Belajar daripada pakar.
Lihat maklumat tentang album atau rakaman yang anda dengar, seperti konduktor, syarikat rakaman, atau tahun keluaran. Lihat Kawalan pemain.
Mulakan
Lakukan mana-mana yang berikut untuk mula menggunakan Apple Music Classical pada peranti anda dan web:
iPhone atau iPad: Langgan Apple Music pada iPhone atau iPad anda, kemudian pasang app Apple Music Classical
.
Android: Pasang app Apple Music
dan langgan Apple Music. Kemudian pasang app Apple Music Classical menerusi Google Play Store dan sambungkan kedua-dua app tersebut.
Web: Langgan Apple Music, kemudian pergi ke classical.music.apple.com pada sebarang peranti.