Pindahkan fail antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda
Anda boleh memindahkan fail daripada peranti Windows ke iPhone, iPad atau iPod touch anda (model iPod lain tidak menyokong penyelarasan fail). Sebagai contoh, anda boleh memindahkan fail khusus ke peranti Apple anda supaya anda boleh menggunakannya semasa berjauhan daripada peranti Windows anda.
Lihat Pengenalan kepada penyelarasan peranti Windows dan peranti Apple anda.
Sambungkan peranti Apple anda ke peranti Windows anda. (Anda juga mungkin perlu mengetik Percaya pada peranti Apple anda.)
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda melalui Wi-Fi.
Pergi ke app Peranti Apple
pada peranti Windows anda.
Pilih peranti Apple anda dalam bar sisi.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke peranti Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C dan tidak melihat peranti dalam bar sisi, lihat Jika iPhone, iPad atau iPod anda tidak kelihatan dalam bar sisi.
Pilih Fail dalam bar sisi.
Senarai app pada peranti anda yang menyokong perkongsian fail muncul.
Seret fail atau pilihan fail daripada peranti Windows anda ke app dalam tetingkap Peranti Apple.
Fail dipindahkan ke peranti serta-merta dan tersedia menggunakan app.
Pilih app daripada senarai untuk melihat fail yang telah dipindahkan ke peranti anda.
Untuk memadam fail, pilih fail, tekan Control-Delete (atau sentuh dan tahan), kemudian pilih Padam.
Fail dikeluarkan daripada peranti serta-merta. Anda tidak perlu menyelaras apabila memindahkan fail dengan cara ini.
Sebelum memutuskan sambungan peranti Apple anda daripada peranti Windows anda, pilih dalam bar sisi.
Anda juga mungkin mahu memindahkan fail daripada peranti Windows ke iPhone anda menggunakan app Fail. Lihat Pindahkan fail dari iPhone ke peranti storan, pelayan atau awan dalam Panduan Pengguna iPhone untuk mengetahui lebih lanjut.